Posted in Chapter 35, Ramadhan

Ramadhan 1439H

Assalamualaikum.

Saya dengan rendah diri memohon maaf atas salah silap yang saya lakukan kepada yang mengenali saya sempena Ramadhan Mubarak 1439H.

Semoga bulan mulia ini dipenuhi dengan keberkatan, ketaqwaan, perkara baik-baik, kasih sayang dan kita sentiasa dalam rahmat/ lindungan Allah.

Selamat menunaikan ibadah puasa. β™₯

Posted in Wishlist

[mts] Wishlist: Shirakawa Village

Assalamualaikum.. Tengah free macam ni kita update blog-lah kan..

Sebenarnya, aktiviti berjinak-jinak mengembara a.k.a travel ni bermula pada tahun 2014, pergi Korea Selatan masa tu. (Tapi sebelum ke Seoul dah pernah pergi Jakarta & Bandung, tu pun urusan perniagaan kecil-kecilan.) Selepas balik dari Korea aku selalu tengok blog-blog pengembara yang banyak memberi inspirasi dan semangat untuk menjelajah tempat bukan kelahiran tanah sendiri. Seronok sebenarnya baca kisah ‘kawan-kawan’ yang pergi luar negara dan berkongsi pengalaman. Lagi best yang pergi dengan bajet ciput. Tips chuols sangat berguna! Terima kasih! β™₯

Alkisahnya, gambar yang akan aku kongsikan nanti merupakan gambar yang sememangnya mengujakan hati dan naluri aku untuk jejak tempat ni. Mulanya aku tak tau pon yang tempat ni terletak di negara matahari terbit, Jepun. Arghh.. Aku tak pernah pulak nak jejak kaki ke sana. Tapi bila tengok gambar kat bawah ni, mak ai.. Negara listed as my wishlist to go soon;

Evening lights
The awesomeness Shirakawa-go

– winter season

Tak bergelora-kah hatimu wahai kawan untuk ke sini? One of the best kot i ever see. Like, seriously?Β First, I thought bukan kat Asia. MashaAllah, dekatΒ Japan guys!!!! Nak sangat pegi sini, nak!!! Insha -Allah. Dan selepas itu, aku pun mencari apa lagi yang menarik selain Shirakawa-go di Jepun ni. Dan selepas itu juga, bermulalah kisah aku membaca pengembaran ‘kawan-kawan’ yang pernah pergi ke Jepun. πŸ˜€

Shirakawa-go:

  1. Terletak di Barat Laut, Gifu Perfecture.
  2. Tokyo β‡’ Nagoya (2 hours, train) β‡’ Takayama (2 hours, train) β‡’ Shirakawa village (50 minutes, express bus)
  3. World heritage sites
  4. Surrounded by mountains

Melihat kepada no 2 ⇑, rasanya ke sana perlu one night stay. Perjalanan agak jauh dan mengambil masa lama. Takkanlah ke sana belum habis penat dah nak balik kan. Tak cool lah!! Nak ke sana?? Meh saya kongsikan sedikit panduan yang mana tukang kongsi ni pon belum pernah pegi lagi, inshaAllah soon. Ahaks!

map_en20150311

1280px-ogimachi_village-01
Surrounded by mountains – Autumn season
shirakawa_gou
I wanna go here!!! – Spring season
1280px-ogi_shirakawa06n3200
The building known as gassho-zukuri.

Daebak!

Semua gambar kat atas, adalah atas ehsan Mr. Perfect Google, Mrs. Wikipedia & Shirakawa-go website.

Thank you for reading this entry. See yaaa! πŸ˜‰